ad
AGENDA

Selangor tekad terus teroka industri halal, galak pengusaha dapatkan sijil

2 Jul 2023, 12:00 PM
Selangor tekad terus teroka industri halal, galak pengusaha dapatkan sijil
Selangor tekad terus teroka industri halal, galak pengusaha dapatkan sijil
Selangor tekad terus teroka industri halal, galak pengusaha dapatkan sijil
Selangor tekad terus teroka industri halal, galak pengusaha dapatkan sijil

SHAH ALAM, 2 JULAI: Selangor tekad untuk terus memberi tumpuan dan meneroka peluang dalam industri halal mengambil kira potensi besar sektor itu di negara ini serta seluruh dunia.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Selangor juga dilihat mempunyai potensi yang sangat besar untuk membugarkan industri berkenaan termasuk dalam sektor pelancongan.

[caption id="attachment_590546" align="aligncenter" width="811"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika di wawancara dalam program Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran langsung dari Teratak Shah Bonda, Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 2 Julai 2023. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

"Kita mempunyai potensi yang sangat besar malah beberapa negara seperti Taiwan juga menumpu kepada aspek industri halal termasuk pelancongan halal di lokasi pelancongan mereka.

"Pada 2016 Selangor menubuhkan Majlis Halal kerana kita nak menggalakkan penerokaan industri ini dan lebih penting mendapatkan pensijilan halal Malaysia yang dipandang sangat tinggi di dunia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara Selamat Pagi Malaysia khas yang bersiaran secara langsung dari Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, hari ini.

Amirudin berkata ekosistem yang baik memainkan peranan penting dalam pembangunan industri halal sesebuah negeri atau negara.

"Mendapatkan pensijilan halal itu bukan hanya libatkan halal atau tidak sembelihan itu, tetapi ia juga melibatkan aspek kebersihan, kandungan, proses dan sebagainya. Disebabkan itu kita galakkan peniaga supaya menjadi mesra halal.

"Kadangkala ada pengusaha yang mengambil mudah kepentingan mendapatkan pensijilan ini dan akhirnya tertinggal. Tetapi Kerajaan Negeri sedia membantu malah kita ada sediakan geran untuk mereka mohon," katanya.

[caption id="attachment_590448" align="aligncenter" width="851"] Kakitangan Zaiyadal Sdn Bhd mengisi lauk kedalam bekas bagi memberi orang ramai mencuba ketika Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 10 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin menambah, kelompok perniagaan mikro dan industri kecil sederhana (IKS) yang banyak terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan dan minuman boleh diteroka supaya mereka ini mendapatkan pensijilan halal sekali gus meningkatkan potensi pasaran produk.

Kerajaan Negeri melaksana Pelan Tindakan Halal Selangor (SELHAP) 2020-2030 menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) susulan pasaran halal global diunjur berkembang kepada RM23.2 trilion menjelang 2030.

[caption id="attachment_581750" align="aligncenter" width="808"] EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni bersama peserta Ekspo Salon International De L'alimentation (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Halal Kanada (HEC) di Ontario, Kanada pada 18 Mei 2023. Foto Facebook Zawawi Mughni[/caption]

Sebanyak 10 inisiatif dijalankan iaitu mewujudkan Platform Maklumat Pusat (CIP), Operator Halal Diperakui (AHO), Promosi Halal Selangor, Pembiayaan Halal Selangor, Zon Ekonomi Halal Selangor dan Program Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Selangor.

Selain itu, Pembangunan Kapasiti Halal Selangor, Koperasi Halal Selangor, Hab Perniagaan Halal Selangor dan Pangkalan Data Bahan Mentah Halal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.