ad
AGENDA

Bas Smart Selangor sedia 50 laluan, catat lebih 60 juta penumpang sejak 2015

30 Jun 2023, 3:21 AM
Bas Smart Selangor sedia 50 laluan, catat lebih 60 juta penumpang sejak 2015
Bas Smart Selangor sedia 50 laluan, catat lebih 60 juta penumpang sejak 2015
Bas Smart Selangor sedia 50 laluan, catat lebih 60 juta penumpang sejak 2015

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 JUN: Lebih 60 juta penumpang dicatat menggunakan Bas Smart Selangor sejak perkhidmatan percuma itu diperkenal pentadbiran negeri pada 2015.

Berkongsi pencapaian portfolio pengangkutan awam Selangor, EXCO Ng Sze Han berkata sebanyak 166 bas disediakan ke 50 laluan dengan peruntukan tahunan RM45 juta.

Beliau memaklumkan penggunaan tertinggi direkodkan pada 2019, iaitu 15.6 juta penumpang merangkumi laluan ke institusi kerajaan, sekolah, pusat perubatan kerajaan dan pusat komersial.

"Sistem pengangkutan yang cekap mampu menjadi pemangkin kepada kelestarian alam sekitar dan menjadikan bandar raya kita berdaya huni.

"Sejak diberi tanggungjawab memimpin portfolio pengangkutan awam pada 2018, usaha menggalakkan penggunaan Bas Smart Selangor lancar hingga pandemik Covid-19 melanda," katanya di Facebook.

Dalam pada itu, Ng Sze Han berkata Selangor Mobility yang menumpukan mod pengangkutan lebih menyeluruh diperkenal berikutan kadar penggunaan pengangkutan awam masih rendah.

Menerusi infografik dikongsikan, sistem awam bersepadu itu menggabungkan Bas Smart Selangor, kenderaan mikrobiliti, e-skuter, basikal, laluan pejalan kaki dan van transit atas permintaan.

Sistem tersebut menyelesaikan masalah kesalinghubungan segmen awal dan segmen terakhir, dengan sasaran meningkatkan mod pengangkutan awam daripada 20 kepada 40 peratus menjelang 2025.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.