AGENDA

Beregu lelaki utama negara tempah tempat ke suku akhir Terbuka Indonesia

15 Jun 2023, 2:49 PM
Beregu lelaki utama negara tempah tempat ke suku akhir Terbuka Indonesia

JAKARTA, 15 JUN: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang masih mengibarkan cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2023.

Pasangan ketiga dunia itu melangkah ke suku akhir selepas mengetepikan lawan mereka dari Korea Selatan Choi Sol Gyu-Won Ho Kim 21-19, 21-16.

“Perlawanan tadi sangat mencabar tetapi kami terus berjuang dan fokus. Esok kami akan buat sehabis baik,” kata Wooi Yik selepas perlawanan tersebut.

Dengan kemenangan itu, Aaron-Wooi Yik dijadual berdepan wakil Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat gandingan profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang terkandas selepas tewas kepada wakil tuan rumah Leo Rolly-Carnando-Daniel Marthin 20-22, 17-21.

Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga gagal ke pusingan seterusnya apabila tunduk kepada pasangan tuan rumah Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas 17-21, 16-21.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.