PBT

MPHS laksana sistem kompaun digital, lancar penguatkuasaan

15 Jun 2023, 7:03 AM
MPHS laksana sistem kompaun digital, lancar penguatkuasaan

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 15 Jun: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menaik taraf sistem pengurusan kompaun secara digital dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan ketika operasi penguatkuasaan.

MPHS memaklumkan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) yang berkuat kuasa 1 Februari lalu selaras dengan dasar Kerajaan Negeri ke arah perkhidmatan pendigitalan.

“Sistem ini lebih efektif dan mudah digunakan dengan alat peranti elektronik 'hand held' semasa anggota penguat kuasa menjalankan tugas di lapangan bagi pemeriksaan lesen, pengeluaran kompaun dan notis mengikut kesalahan.

“Ianya juga dapat mengurangkan masa semasa tindakan penguatkuasaan di lapangan untuk merekod dan mencetak maklumat secara digital,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sistem itu juga, katanya, memudahkan orang ramai membayar kompaun secara atas talian melalui E-Billing (portal MPHS), PBTpay (KPKT) dan Citizen E-Payment (CEPAT).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.