SELANGOR

Sultan Selangor berkenan terima menghadap tokoh kraf negara

15 Jun 2023, 2:22 AM
Sultan Selangor berkenan terima menghadap tokoh kraf negara

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 15 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap tokoh kraf ukiran halus di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam.

Royal Selangor Office memaklumkan Norhaiza Noordin merupakan pengukir kayu tradisional terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa dan pernah menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022.

"DYMM Tuanku Sultan tertarik dengan hasil-hasil kerja ukiran kayu beliau, khususnya pada bahagian hulu keris," maklumnya di Facebook.

Antara karya terulung Norhaiza ialah ukiran hiasan dalaman Dewan Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.