AGENDA

Gombak, Petaling dan KL diramal hujan, ribut petir hingga 5 petang

5 Jun 2023, 6:44 AM
Gombak, Petaling dan KL diramal hujan, ribut petir hingga 5 petang
Gombak, Petaling dan KL diramal hujan, ribut petir hingga 5 petang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 JUN : Dua daerah di Selangor serta Kuala Lumpur diramal hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan dua daerah tersebut ialah Gombak dan Petaling.

Cuaca sama turut diramal melanda Perlis, beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.