AGENDA

Shamendran, Thinaah dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor

4 Jun 2023, 11:59 AM
Shamendran, Thinaah dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor
Shamendran, Thinaah dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor

SHAH ALAM, 4 JUN: Atlet karate R Shamendran dan atlet badminton M Thinaah dinobat Olahragawan dan Olahragawati Selangor sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor hari ini.

Kedua-dua atlet berkenaan menerima wang tunai RM10,000 dan trofi yang disampaikan Dato’ Menteri Besar  pada majlis yang berlangsung Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini.

Dato' Seri Amirudin Shari turut menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan, masing-masing kepada atlet renang Andrew Goh Zheng Yen serta atlet tenis Saw Jo Leen.

Mereka membawa pulang wang tunai RM5,000 (sijil simpanan premium) berserta trofi.

Jurulatih terbaik pula dimenangi Ong Jin Kooi dari sukan renang yang menerima insentif kemenangan RM5,000 dan trofi.

Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan bagi menghargai jasa dalam pembangunan sukan turut diberikan kepada tiga individu yang menerima insentif RM5,000.

Penerima tersebut ialah Setiausaha Persatuan Renang Amatur Selangor Helen Chang, Timbalan Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia, Dato’ Dr S Shamala dan bekas Presiden Gimnastik Putrajaya Azmi Hassan.

[caption id="attachment_585077" align="aligncenter" width="716"] Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam pada 4 Jun 2023. Foto ARIF MUHAMMAD/SELANGORKINI[/caption]

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.