SHAH ALAM, 1 JUN: Enam daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.








