ad
AGENDA

Kerja baiki paip pecah di Jalan Bukit Cerakah dijangka siap 3 pagi esok

22 Mei 2023, 2:29 PM
Kerja baiki paip pecah di Jalan Bukit Cerakah dijangka siap 3 pagi esok

SHAH ALAM, 22 MEI: Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam dijangka siap jam 3 pagi esok, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi tersebut berkata setakat jam 9 malam, peratusan kerja pembaikan adalah pada tahap 72.3 peratus dan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah sedang giat dilaksanakan. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.

"Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Air Selangor di talian 15300," katanya di Facebook

Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.