SHAH ALAM, 8 OKT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sedang melaksana kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Hub Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Air Selangor memaklumkan, kerja pembaikan itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di sebahagian kawasan Kuala Lumpur bermula jam 6 pagi, hari ini.
“Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap pada jam 1 pagi, esok (9 Oktober 2024). Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air distabilkan.
“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut Air Selangor, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya esok pada jam 1 tengah hari dan agensi itu menggerakkan lori tangki air dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal.
Maklumat lanjut akan dikemaskini menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau https://www.airselangor.com/.
Berikut senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual:
- Apartment Putra Ria
- Brickfields
- Bukit Bandaraya
- Bukit Bangsar
- Bukit Damansara
- Bukit Persekutuan
- Bukit Tunku
- Damansara Heights
- Damansara Town Centre
- Idamansara
- Jalan Sultan Hishamuddin
- Kampung Attap
- Kampung Padang Merbuk (JalanSultan Ismail)
- Kuala Lumpur City Center
- Kuala Lumpur Central
- Medan Damansara
- Parlimen
- Persiaran Sultan Salahuddin
- Semantan
- Taman Bandaraya
- Taman Bangsar Baru
- Taman Damansara Endah
- Taman Duta
- Taman Lucky
- Taman SA (Bangsar)
- Taman SA (Damansara)
- Taman Tasik Perdana
- Taman Tunku
- Tijani