AGENDA

Sultan: Hormati kepelbagaian agama kunci keamanan masyarakat majmuk

4 Mei 2023, 2:50 AM
Sultan: Hormati kepelbagaian agama kunci keamanan masyarakat majmuk

SHAH ALAM, 4 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bertitah menghormati perbezaan agama prasyarat terpenting dalam mengecapi keamanan dan kemakmuran masyarakat majmuk.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut bertitah kesederhanaan dalam mengamalkan pelbagai ajaran agama kunci kepada kelangsungan keamanan negara.

"Baginda berharap dengan menghormati sambutan keagamaan sebegini, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama akan terus hidup dalam sebuah masyarakat yang harmoni," menurut kenyataan itu.

Baginda bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha yang menyambutnya.

Hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha selain penganutnya bersembahyang dan melepaskan burung merpati serta memberi makan kepada orang miskin.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.