ad
ADN

DUN Kinrara agih lebih satu tan sayur, manfaat lebih 200 penduduk B40

3 Mei 2023, 12:00 PM
DUN Kinrara agih lebih satu tan sayur, manfaat lebih 200 penduduk B40
DUN Kinrara agih lebih satu tan sayur, manfaat lebih 200 penduduk B40
DUN Kinrara agih lebih satu tan sayur, manfaat lebih 200 penduduk B40

SHAH ALAM, 3 MEI: Lebih satu tan sayur pelbagai jenis diagihkan kepada penduduk sekitar Puchong semalam sekali gus menggalakkan pengambilan makanan berkhasiat dalam kalangan masyarakat.

Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han berkata pengagihan sayuran itu memanfaatkan lebih 200 penduduk dibeberapa kawasan termasuk di pangsapuri kos rendah.

[caption id="attachment_579505" align="aligncenter" width="713"] Penduduk sekitar Puchong tidak melepaskan peluang mendapatkan sayuran pelbagai jenis yang diedarkan secara percuma oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri Kinrara pada 2 Mei 2023 . Foto Facebook Ng Sze Han[/caption]

"Sayuran yang diagihkan termasuk bendi, sawi, kangkung, timun, peria, tomato, kacang buncis, cili dan kacang panjang.

"Ia sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak korporat. Sebelum ini mereka memohon untuk menyumbang makanan dan bantuan kepada golongan memerlukan jadi kita di pihak Dewan Undangan Negeri Kinrara membantu dari segi pengagihan," katanya ketika dihubungi hari ini.

[caption id="attachment_579503" align="aligncenter" width="715"] Penduduk sekitar Puchong tidak melepaskan peluang mendapatkan sayuran pelbagai jenis yang diedarkan secara percuma oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri Kinrara pada 2 Mei 2023 . Foto Facebook Ng Sze Han[/caption]

Sze Han berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara sentiasa menyokong usaha seperti ini dan bersedia membantu mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.