ad
PBT

Kekal kecemerlangan, datuk bandar mahu selesai isu penduduk Subang Jaya

3 Mei 2023, 9:05 AM
Kekal kecemerlangan, datuk bandar mahu selesai isu penduduk Subang Jaya

SUBANG JAYA, 3 MEI: Datuk Bandar Subang Jaya baharu berazam mengekalkan momentum kecemerlangan yang dicapai Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) selama ini.

Mohd Fauzi Mohd Yatim yang merupakan mantan yang dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berikrar menambah baik mutu perkhidmatan kepada warga penduduk bandar raya ini.

“MBSJ di landasan betul. Jadi kita akan lebih memfokuskan isu dan mengamalkan konsep tangani masalah sebelum penduduk membuat aduan.

“Rasanya cabaran mengendali kawasan serta penduduk di perbandaran dan bandar raya sama sahaja. Yang penting kita perlu beri perkhidmatan yang baik kepada warganya,” katanya pada sidang media.

Terdahulu Mohd Fauzi, 56, mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan jawatan di hadapan timbalannya Mohd Zulkurnain Che Ali sambil disaksikan ahli majlis.

Beliau yang pernah memegang jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Sepang dari 2019 hingga 2020 menggantikan Dato’ Johary Anuar yang kini menjadi timbalan setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) pada Januari lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.