AGENDA

Kerajaan tekad jamin kebebasan media, pastikan proses semak imbang terus subur

1 Mei 2023, 6:30 AM
Kerajaan tekad jamin kebebasan media, pastikan proses semak imbang terus subur

KUALA LUMPUR, 1 MEI: Kerajaan komited menjamin aspek kebebasan dan keterbukaan media selain memastikan proses semak dan imbang terus subur dan berfungsi dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter, mengulas kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF) hari ini.

Kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya, di kedudukan 119 (60.53 mata).

Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176). - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.