ad
AGENDA

Malaysia negara Asean kedua tertinggi indeks kebebasan media

2 Mei 2025, 6:01 AM
Malaysia negara Asean kedua tertinggi indeks kebebasan media

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Malaysia meningkatkan kedudukan dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 dengan melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-88, menurut penilaian terkini Reporters Without Borders (RSF).

Negara mencatatkan 56.09 mata tahun ini, menandakan pemulihan berbanding 2024 apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-107 dengan skor 52.07.

Dalam kalangan negara Asean, Malaysia kini berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang negara jiran Thailand, yang berada di tangga ke-85.

Brunei pula berada di tempat ke-97, diikuti Filipina (ke-116), Singapura (ke-123), Indonesia (ke-127), Laos (ke-150), Kemboja (ke-161), Myanmar (ke-169), dan Vietnam (ke-173).

Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan pada indikator utama termasuk persekitaran politik, perlindungan undang-undang, kebebasan editorial, ketelusan, dan keselamatan wartawan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.