GOMBAK, 22 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa menzirahi legenda bola sepak negara dan bekas pemain Selangor Khalid Ali yang disahkan menghidap barah paru-paru di kediamannya di AU4 Keramat di sini, malam ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari tiba sekitar 9.45 malam, meluangkan masa lebih 30 minit bertanya khabar kepada bekas penyerang skuad kebangsaan era 80-an yang ditemani isterinya Siti Nurkhanah Mohamad Yatin.
Menerusi lawatan tersebut, Amirudin memberi kata-kata semangat dan mendoakan semoga Khalid diberi kesembuhan.
[caption id="attachment_578025" align="aligncenter" width="846"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari diiringi bersama Setiausaha politik (Kawasan) Dato' Menteri Besar merangkap penyelaras DUN Gombak Setia Abdul Rahim Ahmad Kasdi (kanan) menziarahi bekas pemain bolasepak Khalid Ali turut di Keramat, Gombak pada 21 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]
Amirudin yang diringi Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar A Rahim Kasdi turut menyerahkan biskut raya dan sumbangan peribadi kepada Khalid.
Terdahulu, Amirudin yang juga ahli parlimen Gombak meluangkan malam menyambut Aidilfitri dengan bertakbir raya bersama kira-kira 100 jemaah Surau At-Tarbiah, Fasa 4, Taman Melawati di sini.
[caption id="attachment_578017" align="aligncenter" width="814"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama jemaah bertakbir raya selepas menunaikan solat Isyak di Surau At Tarbiah, Taman Melawati pada 20 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]
Awal Ramadan lalu, Khalid disahkan menghidap barah paru-paru tahap 3A dan kini sedang menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Selayang.
Khalid yang juga pemerhati dan pengkritik bola sepak tempatan pernah mewakili pasukan bolasepak Selangor dari 1976 hingga 1985.
Pemain posisi tengah yang mewakili pasukan bolasepak Malaysia dari 1977 hingga 1985 antara tonggak utama membantu negara layak ke Sukan Olimpik di Moscow, Russia pada 1980.


