AGENDA

Islam seru umat belajar, faham dan tanam iman dalam hati (VIDEO)

21 Apr 2023, 10:13 AM
Islam seru umat belajar, faham dan tanam iman dalam hati (VIDEO)

SHAH ALAM, 21 APRIL: Islam menggariskan tiga peranan umat terhadap iman yang diumpamakan sebagai pohon membawa umat kepada paksi keyakinan yang mutlak iaitu Allah SWT.

Mengulas ayat 24 hingga 25 Surah Ibrahim, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata umat Islam perlu belajar, memahami dan tanam iman dalam hati.

"Setiap perumpamaan yang Allah beri itu bukan sia-sia tapi bertepatan dengan fitrah manusia. Pokok perlu ditanam, perlu dijaga, perlu dirisam, dibaja untuk manfaat begitulah peranan kita terhadap iman.

"Kita kena belajar tentang iman, memahaminya kemudian tanam iman dalam hati kita sehingga tumbuh pohon paksi yang satu," katanya.

[embed]https://twitter.com/amirudinshari/status/1649268856391897088?s=48&t=00d_duGtstLJbG0iRGnyyQ[/embed]

Beliau membuat huraian ayat yang dibacakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Jelas Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi ayat ini bertepatan dengan kita yang berada di penghujung Ramadan hari ini.

"Ramadan ini mudahan-mudahan membawa kita kepada paksi keyakinan yang mutlak bahawa kita ditetapkan bawah takbir Allah dan kita berdamai dengan takbir Allah.

"...Dan bermanja dengan segala ketetapkan yang Allah berikan untuk kita. Mudah-mudahan kita mendapat husnul khotimah dengan sahabat Rasullullah SAW," kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Amirudin pula berkata ayat ini membawa umah menuju kepada kehidupan yang sebenarnya dengan keimanan yang kukuh, akhlak yang baik dan sikap yang betul juga dipandu dengan ilmu dan pengetahuan.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta

Episod dua– bersyukur bukti keimanan

Episod tiga– taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima  – istiqamah dalam beramal

Episod tujuh  – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan  – doa pakaian ummah

Episod sembilan – tuntut ilmu

Episod 10  – hidup harmoni masyarakat

Episod 11  – ujian pengukur iman

Episod 12  – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13 – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15  – peringatan bercakap benar

Episod 16  – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19  – kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad

Episod 21  – ganjaran bersedekah, beri hutang

Episod 22   – jaga alam, bertaubat kepada-Nya

Episod 23– buat kebaikan, jauhi kezaliman

Episod 24  – takwa kunci toleransi

Episod 25  – empat perkara depani kemelut hidup

Episod 26  – amanah dan jauhi sikap melampaui batas

Episod 27 – sederhana dalam beribadat

Episod 28  – hormati hidup beragama

Episod 29 - hayati Ramadan