AGENDA

Hati tersentuh, MB mahu taja penghantar makanan warga emas tunai umrah (VIDEO)

18 Apr 2023, 7:12 AM
Hati tersentuh, MB mahu taja penghantar makanan warga emas tunai umrah (VIDEO)

SHAH ALAM, 18 APRIL: Kisah seorang warga emas berjalan bongkok mencari rezeki sebagai penghantar makanan yang tular di media sosial mendapat perhatian Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari yang kini menunaikan ibadah umrah di tanah suci menyatakan kesudian untuk menaja pak cik Zulkifli, 68, untuk menunaikan ibadah berkenaan.

"Saya sangat tersentuh apabila melihat seorang pak cik bernama Zulkifli yang lahir dan membesar di Selangor yang dirakamkan berusia 68 tahun dan masih lagi bekerja dan bercita-cita mahu menunaikan umrah.

"Teringat arwah ayah saya yang tidak sempat untuk kali kedua menunaikan umrah dan kali ini saya ingin menaja pak cik Zulkifli pergi ke Mekkah.

"Apabila saya pulang 21 April (dari menunaikan umrah) nanti, insya-Allah saya akan datang menemui untuk penuhi permintaan pak cik yang belum tercapai," katanya menerusi aplikasi TikTok.

[embed]https://www.tiktok.com/@amirudinshari/video/7222842056434044165[/embed]

Video ucapan Amirudin di tanah suci selama 1.18 minit yang dimuat naik semalam sudah menerima lebih 190,000 tontonan setakat ini.

Pak cik Zulkifli mula mendapat perhatian ramai apabila video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok menyentuh perasaan berkenaan keadaan warga emas itu.

Menerusi video selama 55 saat itu, lelaki berkenaan memberitahu usia tidak membataskan dirinya untuk bekerja walaupun dalam bulan Ramadan sebaliknya hanya berhenti rehat untuk berbuka puasa dan solat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.