AGENDA

Empat perkara asas berdepan kemelut, isu kehidupan (VIDEO)

16 Apr 2023, 10:51 AM
Empat perkara asas berdepan kemelut, isu kehidupan (VIDEO)

SHAH ALAM, 16 APRIL: Umat Islam hendaklah berpegang kepada empat perkara iaitu al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas dalam menjalani kehidupan.

Menghuraikan Surahَ Anَ-Nisa’َ ayat 59 yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata empat perkara itu menjadi asas jika berhadapan dengan segala kemelut dan isu kehidupan.

"Ada orang ambil al-Quran dan sunah sahaja, mereka ketepikan ijmak dan qiyas. Empat perkara ini perlu kita pelajari serta insafi untuk berada di jalan Allah," kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1638775078497267712[/embed]

Amirudin pula berkata ayat yang dibaca itu menyentuh kepada kehidupan di dunia dan ukhrawi termasuk kepentingan berpegang kepada al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas

"Ayat ini mengingatkan kita untuk sentiasa mengimbangi kehidupan di dunia dan kehidupan akhirat. Kedua-duanya saling berkait dan saling terangkum.

"Kita ada hubungan dengan Allah dan manusia. Jadi, kita minta kebahagiaan di dunia dan juga kebahagian di akhirat," katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta

Episod dua– bersyukur bukti keimanan

Episod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan  – doa pakaian ummah

Episod sembilan  – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16  – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad

Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang

Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepada-Nya

Episod 23 – buat kebaikan, jauhi kezaliman

Episod 24 -Takwa kunci toleransi, jaga hubungan sesama manusia