ad
ADN

Ringan beban sambut raya, 200 keluarga di DUN Rawang terima bakul makanan

12 Apr 2023, 7:07 AM
Ringan beban sambut raya, 200 keluarga di DUN Rawang terima bakul makanan
Ringan beban sambut raya, 200 keluarga di DUN Rawang terima bakul makanan

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 12 APRIL: Sebanyak 200 keluarga memerlukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang menerima bantuan bakul makanan sempena Aidilfitri pada Sabtu lalu.

Majlis anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 15 itu berlangsung di gelanggang bola keranjang MCA Green Park, Rawang.

Bantuan disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat, Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 15 Alice Choo.

Alice yang juga pengerusi JKP Zon 15 berkata sebanyak 400 bakul makanan berjaya dikumpulkan pihaknya dengan 200 daripadanya disumbangkan FFM Berhad dan selebihnya Sime Darby Plantation.

"Setiap keluarga terima dua bakul makanan mengandungi minyak masak, pelbagai jenis tepung, nasi himpit segera, pati minuman, gula, telur dan banyak lagi. Dua bakul makanan yang diterima setiap keluarga bernilai RM200," katanya.

[caption id="attachment_576507" align="aligncenter" width="690"] Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat menyampaikan bakul makanan kepada penerima di gelanggang bola keranjang MCA Green Park, Rawang pada 8 Mac 2023. Gambar FB Chua Wei Kiat[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.