ad
AGENDA

MB saran orang ramai manfaatkan tabung infak masjid, bantu golongan memerlukan

9 Apr 2023, 11:00 AM
MB saran orang ramai manfaatkan tabung infak masjid, bantu golongan memerlukan
MB saran orang ramai manfaatkan tabung infak masjid, bantu golongan memerlukan
MB saran orang ramai manfaatkan tabung infak masjid, bantu golongan memerlukan

GOMBAK, 9 APRIL: Lebih 250 anak yatim, asnaf dan mualaf menerima sumbangan Aidilfitri dengan setiap seorang menerima wang tunai RM1,000.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu adalah hasil infak orang ramai serta kariah kepada tabung Masjid Al Khairiyah Taman Sri Gombak selama setahun.

"Ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan kewangan tetapi kesediaan orang ramai menginfak serta menyumbangkan melalui tabung masjid. Saya harap orang ramai terus memanfaatkan institusi masjid.

"Malah, ini satu perkara yang sangat membanggakan saya kerana begitu makmur dan percaya masyarakat terhadap institusi masjid untuk sampaikan sumbangan. Saya sangat bangga dengan kemakmuran dan kekuatan yang ditunjukkan masjid kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada penerima di Masjid Al Khairiyah Taman Sri Gombak hari ini.

[caption id="attachment_576097" align="aligncenter" width="656"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan hari raya peringkat DUN Gombak di Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak pada 9 April 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, salah seorang penerima Halimatul Mohd Nasib, 45, bersyukur dengan bantuan itu dan menyifatkan boleh meringankan beban mereka sekeluarga untuk menyediakan kelengkapan hari raya.

"Alhamdulillah terima kasih di atas sumbangan ini, setidak-tidaknya dapat membantu saya membeli baju raya anak-anak selain membuat persiapan sekolah mereka," katanya.

Manakala, Rozila Mohd Tajudin, 35, berkata sumbangan itu tepat pada masanya memandangkan sambutan perayaan Aidilfitri yang semakin hampir dan memerlukan banyak perbelanjaan.

"Sumbangan ini sangat banyak dan tidak sangka terpilih sebagai salah seorang penerima, terima kasih pihak pengurusan masjid dan penyumbang," kata ibu kepada lima anak itu.

Selain itu, Mohd Razak Ramli, 40, berharap sumbangan itu diteruskan lagi pada masa hadapan dalam membantu meringankan beban golongan asnaf.

[caption id="attachment_576103" align="aligncenter" width="656"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar kenangan bersama penerima selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada golongan asnaf bagi DUN Gombak di Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak pada 9 April 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.