BERITA UTAMA

Rai Ramadan, MPAJ hulur sumbangan kepada masjid, surau, rumah kebajikan

5 Apr 2023, 12:05 AM
Rai Ramadan, MPAJ hulur sumbangan kepada masjid, surau, rumah kebajikan
Rai Ramadan, MPAJ hulur sumbangan kepada masjid, surau, rumah kebajikan
Rai Ramadan, MPAJ hulur sumbangan kepada masjid, surau, rumah kebajikan

Oleh Shamz Johan

AMPANG JAYA, 4 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyumbang RM1,500 kepada 46 masjid dan surau jumaat sekitar Ampang Jaya sempena Ramadan.

Pihak berkuasa tempatan (PBTO turut membantu tujuh rumah anak yatim, rumah perlindungan dan pertubuhan kebajikan menerusi sumbangan berjumlah RM3,000 selain pelbagai barangan keperluan asas.

Yang Dipertuanya Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata pihak akan terus melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekitar Ampang Jaya.

“Melalui sumbangan ini, mereka dapat mengimarahkan lagi pelbagai program Ramadan seperti program sahur dan Tadarus Al-Quran,” kata Mohd Fauzi Mohd Yatim selepas majlis penyerahan di sini, semalam.

[caption id="attachment_575267" align="aligncenter" width="649"]
Anak-anak dari rumah kebajikan sekitar Ampang Jaya bergambar bersama Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid dan Surau serta Majlis Iftar di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah pada 4 April 2023. Foto ihsan MPAJ[/caption]

Terdahulu lebih 80 anak-anak yatim turut dirai dalam Majlis Iftar Jamaei dan Penyerahan Sumbangan di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

“Kita beri pelbagai barangan keperluan seperti beras dan gula, ini adalah kesinambungan program Kongsi Rezeki yang dijalankan awal Ramadan lalu,” katanya lagi.

Pada majlis sama, anak-anak yatim diberi RM20 untuk berbelanja di bazar Ramadan bersebelahan dan turut menerima duit raya pada akhir majlis.

[caption id="attachment_575272" align="aligncenter" width="649"] Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim (kanan, dua) bersama Setiausaha MPAJ Julaiha Jamaludin (kiri, dua) menyediakan pek bubur lambuk di bazar Ramadan Pandan Indah di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah pada 4 April 2023. Foto ihsan MPAJ[/caption]