ad
AGENDA

LUAS ambil sampel setiap hari pastikan sumber air terpelihara

1 Apr 2023, 4:31 AM
LUAS ambil sampel setiap hari pastikan sumber air terpelihara

SHAH ALAM, 1 APRIL: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengambil sampel setiap hari di kawasan hulu sehingga hilir sungai bagi memastikan sumber air tidak berisiko dan tercemar.

Agensi itu memaklumkan rondaan dan pemantauan turut dilakukan di lembangan-lembangan utama sungai negeri iaitu lembangan Sungai Langat, lembangan Sungai Selangor dan lembangan Sungai Klang.

“Pensampelan ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap efluen-efluen yang masuk ke dalam sumber air agar tidak berisiko dan berpotensi mencemarkan sungai.

“Bagi memastikan sumber air negeri sentiasa terpelihara dan terpulihara, LUAS komited dan proaktif melaksanakan rondaan serta pemantauan di lembangan-lembangan utama sungai negeri iaitu lembangan Sungai Langat, lembangan Sungai Selangor dan lembangan Sungai Klang,” tulisnya di Facebook.

LUAS turut menjelaskan, tindakan segera seperti notis, kompaun, arahan henti kerja dan pemulihan akan diambil sekiranya terdapat aktiviti yang berkemungkinan memberi risiko permasalahan kualiti air (pencemaran) dikesan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.