AGENDA

MB santai bersama anak muda Gombak, luang masa dengar pandangan

29 Mac 2023, 12:00 AM
MB santai bersama anak muda Gombak, luang masa dengar pandangan
MB santai bersama anak muda Gombak, luang masa dengar pandangan
MB santai bersama anak muda Gombak, luang masa dengar pandangan

GOMBAK, 29 MAC: Dato’ Menteri Besar menyantuni kira-kira 100 anak muda Gombak dalam program moreh di Cabin JKP Zon 8, Batu Caves malam tadi.

Ahli Parlimen Gombak dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad turut meluang masa beramah mesra selain mendengar pandangan diutarakan kumpulan terbabit.

[caption id="attachment_574181" align="aligncenter" width="717"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad bersama kira-kira 100 anak muda sempena Moreh Anak Muda di Cabin Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8, Batu Caves, Gombak pada 29 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga wakil rakyat Sungai Tua menunaikan solat Isyak dan sunat tarawih berjemaah di Surau Al Hijrah, Taman Boltan di sini.

Beliau sebelum itu berbuka puasa bersama kira-kira 500 penjawat awam daerah Gombak selain menyerahkan bakul makanan Aidilfitri sumbangan Yayasan Petronas kepada 150 asnaf.

[caption id="attachment_574180" align="aligncenter" width="751"] Kira-kira 100 anak muda sekitar Gombak menyertai program Moreh bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Cabin Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8, Batu Caves, Gombak pada 29 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam majlis sama yang berlangsung di Dewan Seri Beringin Seri Gombak, Amirudin turut melancarkan program Selangor Bertadabbur 5.0 anjuran Asatizah Selangor.