ad
AGENDA

KSSB agih bantuan sekolah RM50,000 kepada anak orang asli

28 Mac 2023, 10:10 AM
KSSB agih bantuan sekolah RM50,000 kepada anak orang asli
KSSB agih bantuan sekolah RM50,000 kepada anak orang asli

SHAH ALAM, 28 MAC: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengagihkan bantuan persekolahan berjumlah RM50,000 kepada 600 orang asli di Selangor tahun ini.

Ketua jabatan komunikasi korporatnya berkata sumbangan berbentuk perkakas sekolah seperti beg, botol minuman, bekas pensil dan alat tulis itu bagi meringankan beban ibu bapa pelajar dari enam perkampungan orang asli.

“Aktiviti menyalurkan bantuan kepada orang asli menjadi rutin tahunan KSSB kerana prihatin dengan mereka yang berada berdekatan dengan tapak operasi.

[caption id="attachment_573974" align="aligncenter" width="664"] Sebahagian masyarakat orang asli yang menerima bantuan persekolahan sumbangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pada 11 Mac 2023. Foto KSSB[/caption]

“Walaupun sesi persekolahan sudah seminggu berjalan, namun diharap bantuan ini melegakan ibu bapa pelajar berkenaan,” kata Suhaimi Khalidi.

Agihan bantuan di enam kawasan orang asli membabitkan Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Sekolah Kebangsaan Orang Asli Bukit Cheding dan Kampung Orang Asli Bukit Serdang.

Kawasan lain Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kampung Orang Asli Kuala Garing dan Sekolah Agama Rakyat (Kafa Integrasi) Al Ridzuan.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif KSSB berkata syarikat terbabit akan berusaha mengimbangi pertumbuhan perniagaan dan pembentukan nilai masyarakat.

“Sudah menjadi aspirasi asas KSSB untuk merangsang pembangunan sosioekonomi yang berterusan dengan memberi penekanan kepada pendidikan, pembangunan masyarakat dan alam sekitar,” kata Abdul Rahman Ishak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.