AGENDA

Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya 6 pagi tadi

26 Mac 2023, 12:00 AM
Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya 6 pagi tadi
Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya 6 pagi tadi

SHAH ALAM, 26 MAC: Bekalan air di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam yang melalui proses pemulihan berikutan kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang kembali seperti biasa pada 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merakamkan penghargaan kepada penduduk di kawasan terlibat yang bekerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya menerusi Facebook.

Gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam berlaku akibat paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang, Jumaat lalu.