AGENDA

Jualan murah tambah lebih banyak barangan menjelang Aidilfitri, penuhi keperluan ramai

24 Mac 2023, 8:13 AM
Jualan murah tambah lebih banyak barangan menjelang Aidilfitri, penuhi keperluan ramai
Jualan murah tambah lebih banyak barangan menjelang Aidilfitri, penuhi keperluan ramai
Jualan murah tambah lebih banyak barangan menjelang Aidilfitri, penuhi keperluan ramai
Jualan murah tambah lebih banyak barangan menjelang Aidilfitri, penuhi keperluan ramai

SHAH ALAM, 24 MAC: Jelajah Ehsan Rakyat (JER) menawarkan lebih banyak barangan keperluan menjelang sambutan Aidilfitri, kata EXCO pemodenan pertanian.

Ir Izham Hashim berkata jualan murah berkenaan kekal menawarkan enam produk utama selain menambah beberapa barangan keperluan lain bagi memenuhi permintaan orang ramai dalam membuat persiapan raya.

[caption id="attachment_564361" align="aligncenter" width="916"] EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim (dua, kanan) ketika majlis Pelancaran Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0 di Dewan Komuniti Taman Nirwana, Ampang Jaya pada 4 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Senarai barangan masih dalam perbincangan bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan penduduk. Inisiatif ini menjamin penduduk mendapat keperluan raya lebih mudah di samping harga berpatutan.

"Kita tahu penduduk akan berbelanja lebih sekali gus memerlukan belanja banyak untuk sambut raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Izham berkata lokasi jualan murah barangan berkenaan akan menumpukan kawasan kediaman penduduk berpendapatan rendah.

“Kita masih meneliti kesesuaian lokasi dan mungkin akan diadakan di setiap daerah supaya ramai penduduk mendapat manfaatnya,” katanya.

[caption id="attachment_569624" align="aligncenter" width="745"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Awal bulan ini, pegawai eksekutif kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata JER akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi menjelaskan jualan akan menyediakan keperluan dan bekalan dalam kuantiti lebih banyak.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Turut dijual barangan kering keluaran jenama Ehsan PKPS seperti tepung gandum, gula, sos cili, sos tomato, kicap, sardin tin, biskut, beras pulut, mi kering dan cili giling.

[caption id="attachment_556615" align="aligncenter" width="1236"] Petugas jualan PKPS menyusun barangan keluaran jenama Ehsan ketika Jualan Ehsan Rakyat Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing di Flat Gasing Indah, Petaling Jaya pada 20 Disember 2022. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.