ad
AGENDA

Hampir 100 masjid, surau di Gombak terima sumbangan Ihya’ Ramadan

20 Mac 2023, 3:40 AM
Hampir 100 masjid, surau di Gombak terima sumbangan Ihya’ Ramadan

SHAH ALAM, 20 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan bantuan Ihya’ Ramadan kepada 97 masjid dan surau di Gombak minggu lalu.

Dato’ Menteri Besar berkata sumbangan meliputi 22 masjid dan 75 surau termasuk surau solat Jumaat bagi membolehkan institusi agama menyediakan kelengkapan menyambut puasa.

“Semoga dapat dimanfaatkan bagi persiapan menyambut Ramadan Al Mubarak,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Pada 1 Mac, ketua tanggungjawab sosial korporat MBI memaklumkan lebih RM2 juta diperuntuk bagi menyemarakkan program Ihya’ Ramadan tahun ini.

Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan turut diagih kepad asnaf, penganjuran program berbuka puasa bersama penduduk dan kegiatan mengimarah masjid dan surau.

Sepanjang 2019 hingga tahun lalu MBI telah membelanjakan hampir RM8 juta kepada institusi agama merangkumi bantuan kepada pihak masjid sebanyak RM4.3 juta, surau (RM3.1 juta) dan sekolah rendah agama (RM1 juta).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.