ad
PBT

Tapak perkhemahan di Sabak Bernam perlu daftar sebelum 31 Mac

14 Mac 2023, 5:13 AM
Tapak perkhemahan di Sabak Bernam perlu daftar sebelum 31 Mac

SHAH ALAM, 14 MAC: Pemilik atau pengusaha tapak perkhemahan di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) diarah mendaftar operasi sebelum 31 Mac ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di Facebook memaklumkan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui imbasan kod QR atau pautan https://ls.selangor.my/2sq8x3.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perancangan Pembangunan MDSB di talian 03-32241655 sambungan 265.

Bermula 1 Februari, semua pengusaha tapak perkhemahan di Selangor perlu berdaftar dengan PBT bagi menjamin keselamatan pengunjung susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali pada Disember 2022.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari berkata garis panduan berhubung ketetapan dan peraturan aktiviti perkhemahan akan dikuat kuasa untuk menjamin keselamatan nyawa.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.