AGENDA

Kerja baiki paip pecah selesai, bekalan mula disalur berperingkat

28 Feb 2023, 4:57 AM
Kerja baiki paip pecah selesai, bekalan mula disalur berperingkat

SHAH ALAM, 28 FEB: Kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi siap dilaksanakan pada 11:30 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan air mula disalur ke premis pengguna setelah sistem bekalan distabilkan dan dijangka pulih sepenuhnya 12 tengah malam ini.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual," katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan insiden paip pecah mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.