ad
PBT

MBSA: Program kesenian, inisiatif jadikan Dataran Kemerdekaan kawasan umum

24 Feb 2023, 7:46 AM
MBSA: Program kesenian, inisiatif jadikan Dataran Kemerdekaan kawasan umum
MBSA: Program kesenian, inisiatif jadikan Dataran Kemerdekaan kawasan umum

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 24 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Program Lepak Seni bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini malam esok.

Program merupakan inisiatif MBSA untuk menjadikan dataran tersebut sebagai kawasan umum untuk aktiviti seni dan rekreasi masyarakat akan bermula pada 9 malam hingga 10.45 malam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk persembahan artis seperti Rohana Jalil, Ayie Leon dan Kumpulan Balle-Balle.

"Program dilaksanakan secara berkala ini merupakan inisiatif MBSA untuk menyemarakkan aktiviti seni budaya serta memberi ruang dan peluang kepada golongan kreatif berkarya," kata Shahrin Ahmad.

Menurutnya, MBSA berharap program ini akan menjadi platform kepada penggiat seni dan mahasiswa institusi pengajian tinggi menyampaikan ekspresi seni.

"Ia sekali gus dapat menarik masyarakat untuk berkunjung ke Shah Alam yang dinobatkan sebagai kota seni di Selangor," tambahnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.