Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 18 FEB: Lebih 300 individu menyertai Majlis Ihya' Isra' Mikraj di Dewan Megawati, kediaman rasmi Dato' Menteri Besar, di sini malam ini.
Majlis tahunan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) itu bertujuan untuk memperingati peristiwa Isra' Mikraj.
[caption id="attachment_567314" align="aligncenter" width="775"]
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad bersama peserta maulid membaca zikir Wirdul Latif sempena sambutan Ihya' Isra' Mikraj di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 18 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Tengku Puteri Datin Paduka Hajjah Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz berkenan mencemar duli ke majlis berkenaan.
Yang Dipertuai Pekawanis Datin Seri Masdiana Mohamad turut menyerikan majlis yang dimulai dengan solat Asar diikuti bacaan zikir Wirdul Latif sebelum perarakan Maulid.
[caption id="attachment_567315" align="aligncenter" width="739"]
Peserta maulid berarak sambil berselawat sempena Ihya' Isra' Mikraj di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 18 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Majlis diteruskan dengan solat Maghrib, solat sunat tasbih, bacaan selawat dan diakhiri dengan Solat Isyak.
Turut hadir anak-anak pusat perlindungan Rumah Puteri Arafiah.


