ad
AGENDA

Lebih RM39,000 naik taraf gelanggang futsal, sediakan kemudahan lebih selesa untuk rakyat

18 Feb 2023, 11:39 AM
Lebih RM39,000 naik taraf gelanggang futsal, sediakan kemudahan lebih selesa untuk rakyat
Lebih RM39,000 naik taraf gelanggang futsal, sediakan kemudahan lebih selesa untuk rakyat
Lebih RM39,000 naik taraf gelanggang futsal, sediakan kemudahan lebih selesa untuk rakyat

KLANG, 18 FEB: Kerajaan Negeri memperuntuk lebih RM39,000 bagi menaik taraf gelanggang futsal yang lebih selesa di Kampung Sungai Udang di sini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata kerja menaik taraf kemudahan sukan itu merupakan salah satu peruntukan daripada Projek Selangor Penyayang.

[caption id="attachment_567301" align="aligncenter" width="682"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menandatangani plak perasmian gelanggang futsal Projek Selangor Penyayang ketika Jelajah Kita Selangor
Penyayang daerah Klang di Kampung Sungai Udang, Klang pada 18 Februari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kira-kira RM500,000 diperuntuk bagi Projek Selangor Penyayang yang negeri berikan kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menaik taraf atau menyediakan fasiliti lebih selesa kepada rakyat.

"Alhamdulillah, gelanggang futsal ini merupakan salah satu daripada projek berkenaan. Saya harap penduduk sekitar dapat memanfaatkan sebaiknya kemudahan sukan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Projek Selangor Penyayang Gelanggang Futsal di Kampung Sungai Udang di sini hari ini.

[caption id="attachment_567302" align="aligncenter" width="697"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama pasukan futsal selepas merasmikan gelanggang futsal Projek Selangor Penyayang ketika Jelajah Kita Selangor
Penyayang daerah Klang di Kampung Sungai Udang, Klang pada 18 Februari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Gelanggang futsal berkenaan mula dibaik pulih pada 1 November lalu dan siap sebulan kemudian iaitu pada 2 Disember.

Terdahulu, Amirudin turut merasmikan Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) yang membuka tirai hari ini di Pangsapuri Seri Perantau di sini.

Program sehari dari 9 pagi hingga 5 petang menyediakan beberapa acara antaranya saringan kesihatan percuma Selangor Saring dan jualan murah Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.