ad
AGENSI

694 keluarga di Sepang, Kuala Selangor terima sumbangan fidyah Mais

16 Feb 2023, 11:09 AM
694 keluarga di Sepang, Kuala Selangor terima sumbangan fidyah Mais

SHAH ALAM, 16 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan agihan fidyah sebanyak RM102,712 kepada 694 keluarga di Sepang dan Kuala Selangor, hari ini.

Agensi itu memaklumkan sumbangan diserahkan dalam bentuk barangan makanan asas dengan nilai RM148 kepada satu keluarga.

“Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk minuman coklat, kari ayam siap di masak, biskut dan sebagainya menggunakan peruntukkan fidyah Mais,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut Mais agihan turut melibatkan kerjasama daripada sembilan Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seroja, SK Salak, dan sebagainya.

Mais berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan bebanan penerima.

“Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.