AGENDA

Jelajah Ehsan Rakyat program dinanti ramai, tawar barangan dapur murah, berkualiti

15 Feb 2023, 2:00 PM
Jelajah Ehsan Rakyat program dinanti ramai, tawar barangan dapur murah, berkualiti
Jelajah Ehsan Rakyat program dinanti ramai, tawar barangan dapur murah, berkualiti
Jelajah Ehsan Rakyat program dinanti ramai, tawar barangan dapur murah, berkualiti
Jelajah Ehsan Rakyat program dinanti ramai, tawar barangan dapur murah, berkualiti

KLANG,15 FEB: Seorang suri rumah mengakui pengalaman pertama berbelanja di Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa menjimatkan perbelanjaan dapur.

[caption id="attachment_566718" align="alignleft" width="306"] Siti Zauwiyah Sudin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Siti Zauwiyah Sudin, 63, berkata beliau meminta anaknya membawa ke JER selepas dimaklumkan oleh jiran mengenai jualan barangan dapur yang murah serta berkualiti.

“Alhamdulillah, banyak juga barang saya beli, memang harga ditawar amat murah dan berkualiti. Betullah, ada yang cakap program ini amat dinantikan rakyat.

"Harganya memang benar-benar membantu golongan warga emas atau berpendapatan kurang. Insya-Allah saya akan pergi lagi kalau jualan murah ini ada buat dekat rumah,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, seorang peniaga, Hairuman Ahmad, 44, berkata ini merupakan kali ketiga beliau datang ke jelajah jualan murah yang diadakan di Tok Muda.

[caption id="attachment_566719" align="alignright" width="303"] Hairuman Ahmad. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya berniaga waktu petang dan kebetulan nak mengambil anak balik sekolah, saya singgah di program jualan murah.

“Jika berkelapangan memang akan singgah ke jualan murah kerana barangan dijual berkualiti seperti di luar selain harga berpatutan,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.

[caption id="attachment_566721" align="aligncenter" width="500"] Orang ramai beratur untuk membeli barangan dapur yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Klang pada 15 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]