ad
AGENDA

DUN Teratai anjur jualan murah khas untuk pasukan beruniform

15 Feb 2023, 12:11 PM
DUN Teratai anjur jualan murah khas untuk pasukan beruniform
DUN Teratai anjur jualan murah khas untuk pasukan beruniform

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 15 FEB: Bagi menghargai pasukan beruniform, Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai mengadakan program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) Khas buat pertama kali untuk penjawat awam itu semalam.

Penyelaras DUN berkata jualan murah yang bermula 9.30 pagi di Balai Bomba Pandan Indah dikunjungi 300 pengunjung terdiri daripada ahli keluarga polis, bomba dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut Alice Tan, enam barangan asas yang ditawarkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) termasuk 500 papan telur habis dijual dalam tempoh satu setengah jam.

"Program khas ini bagi menghargai jasa pasukan beruniform dan PBT yang bertugas tanpa mengira masa demi ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.

"Kita buat di Balai Bomba Pandan Indah kerana bersebelahan Balai Polis Pandan Indah dan kedua-duanya ada kuarters kakitangan jadi keluarga mereka juga dapat membeli barangan yang ditawarkan," katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_566724" align="alignnone" width="796"] Pengunjung yang terdiri daripada anggota pasukan beruniform pada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) Khas di Balai Bomba Pandan Indah, Ampang Jaya 14 Februari 2023. Foto Penyelaras DUN Teratai[/caption]

Sementara itu, Pengurus Jualan dan Operasi PKPS Izzul Fadhli Hamzah berkata barangan yang habis dijual ialah ayam sebanyak 500 ekor, telur (500 papan), ikan (200 pek), daging (200 pek) beras lima kilogram (300 kampit) dan minyak lima kilogram (150 botol).

"Kita juga ada menjual produk tambahan seperti sos cili, kicap, cili giling, tepung, gula, sardin tin, mi kering, biskut dan kaya jenama Ehsan," katanya.

Jelas Izzul Fadhli pihaknya mengalu-alukan inisiatif Ahli Dewan Negeri (ADN) dan penyelaras DUN untuk mengadakan jualan khas seumpama itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.