ad
AGENDA

Pengusaha kantin sekolah manfaat jualan murah untuk jimat kos

3 Jul 2023, 7:47 AM
Pengusaha kantin sekolah manfaat jualan murah untuk jimat kos
Pengusaha kantin sekolah manfaat jualan murah untuk jimat kos
Pengusaha kantin sekolah manfaat jualan murah untuk jimat kos
Pengusaha kantin sekolah manfaat jualan murah untuk jimat kos

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

AMPANG JAYA, 3 JULAI: Seorang pengusaha kantin sekolah memanfaat program Jualan Ehsan Rahmah (JER) untuk membeli bahan mentah pada harga lebih murah.

Muhammad Hafiz Abd Rahman, 33, berkata dia dapat menyediakan makanan dengan kuantiti lebih banyak kepada murid tanpa perlu bimbang kos tambahan.

[caption id="attachment_590697" align="alignleft" width="348"] Muhammad Hafiz Abd Rahman[/caption]

“Harga bahan mentah di JER sangat berbaloi. Walaupun saya tidak kerap berbelanja di sini atas kekangan waktu, tetapi jika berkesempatan saya tidak lepaskan peluang untuk berbelanja di sini.

“Jika ada rezeki, saya akan manfaatkan bahan mentah yang dibeli untuk keperluan di kantin. Ada juga yang dibeli untuk keperluan rumah memandangkan dua anak sedang membesar memerlukan sumber protein yang cukup. Alhamdulillah, melalui JER saya banyak berjimat,” katanya.

Beliau ditemui pada program peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, di Masjid Nurrussa’adah, Kampung Cheras Baru di sini hari ini.

[caption id="attachment_590698" align="alignright" width="344"] Ong May Lee[/caption]

Seorang lagi pengunjung, Ong May Lee, 62, memuji penganjuran JER yang menyediakan sistem yang memudahkan pembelian.

“Saya suka berbelanja di sini kerana sistemnya sangat konsisten dan tidak perlu berebut serta berpanas ketika membeli.

“Barangan yang dijual juga adalah bertepatan mengikut keperluan isi rumah. Saya sangat teruja dapat membeli di sini dan mahu ia diteruskan sampai bila-bila kerana ia meringankan beban keluarga yang memerlukan,” katanya.

Manakala Norhayati Md Noor, 67, pula mengakui dengan RM50 sahaja pembeli dapat berbelanja banyak dan berbaloi.

[caption id="attachment_590699" align="alignleft" width="344"] Norhayati Md Noor[/caption]

“Rugi jika tidak berbelanja di sini, Ada kala saya hanya membawa wang RM50 itu juga mencukupi untuk mendapatkan dua ekor ayam, dua papan telur dan sekampit beras.

“Jika ada rezeki lebih, saya akan berbelanja lebih untuk menampung keperluan isi rumah bersama anak yang masih belum berkahwin,” katanya yang mula mengikuti JER sejak tahun lepas.

JER menjual seekor ayam standard RM10, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

JER yang dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat sebelum ini, akan diteruskan sehingga hujung tahun ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.