ad
AGENSI

Team Selangor anjur kursus jurulatih, klinik bola sepak cungkil bakat muda

10 Feb 2023, 8:54 AM
Team Selangor anjur kursus jurulatih, klinik bola sepak cungkil bakat muda
Team Selangor anjur kursus jurulatih, klinik bola sepak cungkil bakat muda

SHAH ALAM,10 FEB: Team Selangor tidak hanya memfokuskan aktiviti sukarelawan dan pengurusan bencana sebaliknya turut aktif menganjurkan program berkaitan sukan.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata antara fokus tahun ini adalah penganjuran klinik bola sepak yang bertujuan mencungkil bakat muda selain kursus asas kejurulatihan untuk ibu bapa.

[caption id="attachment_565523" align="alignleft" width="300"] Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Peserta mendapat bimbingan daripada pelatih bertauliah Persatuan Bola Sepak Malaysia. Program ini akan dianjurkan dari semasa ke semasa.

“Bukan itu sahaja, kita juga akan anjurkan kursus keusahawanan, kursus asas bencana, kesukarelawan dan kenegaraan untuk pengisian golongan belia,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, sukarelawan Team Selangor bergerak aktif melaksanakan pelbagai program mendekati masyarakat antaranya gotong-royong bagi menjaga kelestarian alam sekitar.

Selain itu, ahlinya turut menjalani kursus asas bencana sepanjang tahun lalu sebagai persediaan berdepan kejadian banjir secara berperingkat bersama Angkatan Pertahanan Awam.

Pada 10 September tahun lepas, seramai 19 individu menyertai Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Akar Umbi anjuran Team Selangor di Pusat Latihan FAS.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.