ad
AGENDA

Kerajaan sumbang RM1 juta martabat pemikiran, kembang kursi Dr Siddiq Fadzil

9 Feb 2023, 5:05 AM
Kerajaan sumbang RM1 juta martabat pemikiran, kembang kursi Dr Siddiq Fadzil
Kerajaan sumbang RM1 juta martabat pemikiran, kembang kursi Dr Siddiq Fadzil
Kerajaan sumbang RM1 juta martabat pemikiran, kembang kursi Dr Siddiq Fadzil

KUALA SELANGOR, 9 FEB: Perdana menteri hari ini mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada Kursi dan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil yang ditubuhkan Universiti Selangor (Unisel).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sumbangan berkenaan bagi menampung peruntukan Kerajaan Negeri untuk memartabatkan pemikiran tokoh berpengaruh dalam bidang akademik dan kebudayaan Melayu, Allahyarham Dato’ Dr Siddiq Fadzil.

[caption id="attachment_565220" align="aligncenter" width="716"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi Syarahan Reformasi Pendidikan untuk Kesejahteraan masa depan Malaysia di Unisel Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 9 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Kerajaan akan tambah RM1 juta untuk kursi ini dan ini boleh dikembangkan lagi,” katanya bersyarah pada program Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil di Unisel hari ini.

“Saya ucap tahniah kepada Dato’ Redzuan (Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman) dan Menteri Besar (Dato’ Seri Amirudin Shari) kerana Unisel satu-satunya universiti tajaan Kerajaan Negeri yang dapat bersaing dengan universiti nasional lain,” katanya.

Dalam majlis berkenaan perdana menteri turut merasmikan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil yang dibina di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini.

[caption id="attachment_565221" align="aligncenter" width="714"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama pelajar dan warga Unisel ketika Syarahan Reformasi Pendidikan untuk Kesejahteraan masa depan Malaysia di Unisel Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 9 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Tahun lalu Kerajaan Selangor menubuhkan Kursi Siddiq Fadzil di Unisel melibatkan peruntukan RM1 juta bagi menggalakkan wacana keharmonian dan kesederhanaan.

Bagi melengkapkan penubuhan kursi terbabit, Kerajaan Negeri bersetuju menambah RM4 juta lagi sebagai menghargai ilmuwan berkenaan yang banyak berjasa kepada negara dalam memartabatkan bahasa Melayu dan agama Islam.

Allahyarham yang meninggal dunia pada 31 Ogos 2021 pernah menjadi presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan presiden PKPIM sekitar 1970-an, presiden ABIM dan presiden Wadah.

Bapa kepada tujuh anak itu pernah menyandang jawatan pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan, ahli panel Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), pengerusi Kajian Maqasid Shariah IDE dan pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.