AGENDA

Enam tonggak terangkum dalam kerangka dasar bangun Malaysia Madani

19 Jan 2023, 6:51 AM
Enam tonggak terangkum dalam kerangka dasar bangun Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Malaysia Madani sebagai kerangka dasar yang terdiri daripada enam tonggak.

Pengumuman itu dibuat dalam amanat bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berikut adalah enam tonggak Madani:

keMampanan

KesejAhteraan

Daya cipta

hormAt

keyakiNan

Ihsan

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, agenda dasar kerangka Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara, tetapi turut menyentuh mengenai pencorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

Madani disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh lapan keperluan meliputi ekonomi dan kewangan; perundangan; institusi; pendidikan; kemasyarakatan; budaya; bandar dan luar bandar. - BERNAMA