AGENDA

Peruntukan RM4 juta bantu usahawan kampung baru kembangkan perniagaan

9 Jan 2023, 12:00 AM
Peruntukan RM4 juta bantu usahawan kampung baru kembangkan perniagaan
Peruntukan RM4 juta bantu usahawan kampung baru kembangkan perniagaan

SHAH ALAM, 9 JAN: Sejumlah RM4 juta diperuntuk kepada program Pembangunan Usahawan Mikro Kecil dan Sederhana (BAIK) Selangor bagi mengembangkan perniagaan usahawan kampung baru dan bagan.

EXCO pembangunan kampung baru berkata jumlah itu meningkat berbanding sebelum ini RM3.6 juta memandangkan sambutan menggalakkan daripada penduduk.

“Menerusi program ini 37 produk makanan berjaya dipasarkan malah turut mendapat permintaan pasar raya di luar Selangor.

“BAIK Selangor ini membantu peniaga meluaskan operasi sekali gus dapat membuka peluang pekerjaan di kampung,” kata Ng Sze Han pada majlis ramah mesra bersama pengurusan komuniti kampung baru, bagan dan tersusun semalam.

[caption id="attachment_559807" align="alignleft" width="500"] EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berucap pada majlis ramah mesra bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung sempena Tahun Baharu Cina di Klang Executive Club, Klang pada 8 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Program BAIK Selangor diperkenalkan pada Ogos 2021 bagi mengkomersialkan produk diusahakan penduduk kampung baru dan peserta turut diberi latihan berkenaan aspek pemasaran.

Beliau berkata tahun ini juga sejumlah RM4 juta diperuntuk bagi menaik taraf kemudahan kampung baru demi keselesaan penduduk.

“Tahun lalu kita laksanakan 45 projek melibatkan belanja lebih RM3 juta antaranya pembinaan longkang dan gelanggang bola keranjang.

"Untuk tahun ini, permohonan sedang diteliti sebelum bantuan diagih,” katanya.