AGENDA

Hujan lebat diramal landa Hulu Langat, Gombak, KL hingga 2 pagi esok

3 Jan 2023, 2:23 PM
Hujan lebat diramal landa Hulu Langat, Gombak, KL hingga 2 pagi esok

SHAH ALAM, 3 JAN: Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Gombak dan Hulu Langat hingga 2 pagi esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama melanda Kuala Lumpur selain beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.