ad
AGENDA

MB serah bantuan banjir RM500,000 kepada Terengganu

30 Dis 2022, 3:58 AM
MB serah bantuan banjir RM500,000 kepada Terengganu
MB serah bantuan banjir RM500,000 kepada Terengganu

KUALA TERENGGANU, 30 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan bantuan RM500,000 kepada kerajaan Terengganu bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Serahan dibuat dalam kunjungan hormat ke kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Seri Iman di sini hari ini.

“Saya percaya sumbangan ini dapat membantu meringankan beban penduduk yang terkesan dan Kerajaan Terengganu dalam menangani bah.

“Ini merupakan kerjasama antara negeri-negeri sebagaimana tahun lepas Terengganu dan negeri-negeri lain membantu Selangor,” katanya ketika ditemui.

[caption id="attachment_558232" align="aligncenter" width="715"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirurudin Shari (tengah) bercakap kepada media selepas kunjungan hormat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu di Kuala Terengganu pada 30 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

Selasa lalu, Amirudin menyampaikan sumbangan sama kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai tanda kebersamaan dan simpati terhadap nasib yang menimpa penduduk negeri itu.

Pada 20 Disember, Dato' Menteri Besar memaklumkan Kerajaan Selangor menghulur sumbangan RM1 juta kepada Kelantan dan Terengganu bagi membantu mangsa banjir di negeri berkenaan.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.