ad
AGENDA

Piala Dunia Wanita: Fifa tampil pengadil dari Palestin

27 Dis 2022, 4:15 AM
Piala Dunia Wanita: Fifa tampil pengadil dari Palestin

ISTANBUL, 27 DIS: Buat kali pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memilih pengadil dari Palestin untuk perlawanan Piala Dunia Wanita akan datang.

Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos 2023, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Palestin.

Piala Dunia Wanita edisi kesembilan itu buat julung kali juga dianjurkan secara bersama, diadakan di Australia dan New Zealand melibatkan 32 negara. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.