ad
AGENDA

Bantuan untuk waris korban, mangsa tanah runtuh disalur secepat mungkin

17 Dis 2022, 12:42 AM
Bantuan untuk waris korban, mangsa tanah runtuh disalur secepat mungkin
Bantuan untuk waris korban, mangsa tanah runtuh disalur secepat mungkin

SHAH ALAM, 17 DIS: Bantuan segera kepada waris mangsa korban serta mangsa lain yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Batang Kali akan disalur secepat mungkin.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata bantuan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi akan diselaras oleh Kerajaan Negeri.

"Dengan pengumuman YB PM tadi, Kerajaan Selangor rakam penghargaan di atas peruntukan untuk disalurkan kepada mangsa tragedi tanah runtuh.

"Bantuan ini akan disalur secepat mungkin. Semoga ia akan dapat meringankan beban mangsa dan keluarga," katanya menerusi Facebook.

Malam tadi, Anwar mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia dan RM1,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada ketua isi rumah mangsa yang tidak melibatkan kes kematian.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menyalur peruntukan kepada Kerajaan Negeri untuk diagih kepada mangsa.

Setakat malam tadi, 12 orang masih dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.