ad
AGENDA

Pesta Buku Antarabangsa Selangor peluang penulis tempatan pasar karya ke luar negara

2 Dis 2022, 12:25 AM
Pesta Buku Antarabangsa Selangor peluang penulis tempatan pasar karya ke luar negara
Pesta Buku Antarabangsa Selangor peluang penulis tempatan pasar karya ke luar negara

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 2 DIS:  Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bertindak sebagai orang tengah untuk membantu penerbit dan penulis buku tempatan memasar karya mereka ke luar negara.

Pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhamad berkata menerusi Program Felo Antarabangsa Selangor, penerbit dan penulis berpeluang bertemu serta memperkenalkan karya kepada wakil industri buku dari enam negara.

"Wakil industri buku yang terlibat dalam Program Felo Antarabangsa Selangor ialah United Kingdom, Turkiye, Macedonia Utara, Korea Selatan, Mesir dan Indonesia.

"Jika dipilih, karya mereka berpeluang dialih bahasa oleh penerbit negara yang terlibat untuk dijual di sana,’’ katanya ketika ditemui di Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau berkata program felo berlangsung selama empat hari dengan disertai kira-kira 70 peserta dari syarikat penerbit dan penulis tempatan.

Program Felo Antarabangsa merupakan satu daripada acara Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 yang baharu diperkenalkan bertujuan membantu industri buku tempatan mengembangkan sayap ke luar negara.

[caption id="attachment_553184" align="aligncenter" width="500"] Pelajar sekolah memilih buku di Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvesyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.