AGENDA

Selangor antara empat negeri diramal hujan lebat sehingga 10 pagi

20 Nov 2022, 12:21 AM
Selangor antara empat negeri diramal hujan lebat sehingga 10 pagi

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Pulau Pinang membabitkan daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara.

Di Selangor pula merangkumi kawasan Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson serta Melaka di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.