ad
AGENDA

Isteri maut, suami dan lima anak cedera kereta rempuh belakang treler

14 Nov 2022, 4:02 AM
Isteri maut, suami dan lima anak cedera kereta rempuh belakang treler

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Seorang wanita maut manakala suami dan lima anak pasangan itu cedera selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran restoran jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara Selatan menghala Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.10 pagi itu dan seramai lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda Accord yang dinaiki wanita terbabit bersama enam ahli keluarganya yang melanggar bahagian belakang sebuah treler di laluan sama.

“Akibat kemalangan itu, wanita berusia 38 tahun tersepit di bahagian penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Suami mangsa yang berusia 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dilaporkan parah manakala empat lagi anak mereka termasuk pasangan kembar lelaki berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan cedera ringan,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.