AGENDA

Fenomena air pasang besar diramal tiga hari di Klang mulai 7 November

3 Nov 2022, 3:59 AM
Fenomena air pasang besar diramal tiga hari di Klang mulai 7 November
Fenomena air pasang besar diramal tiga hari di Klang mulai 7 November

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 3 NOV: Penduduk daerah Klang diminta berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 7, 8 dan 9 November ini.

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang berkata fenomena itu boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban dengan ramalan bacaan paras air laut setinggi 5.3 meter.

"Warga Klang diingatkan sentiasa peka dengan keadaan semasa. Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab," katanya di Facebook hari ini.

Talian perhubungan bencana PDT Klang iaitu 03-3371 6700 dan Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang dibuka dalam tempoh tersebut.

Berikut talian kecemasan boleh dihubungi jika berlaku bencana di Klang:

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.