ad
ADN

Rendah diri, cepat atasi masalah faktor MB disenangi penduduk Gombak

2 Nov 2022, 12:00 AM
Rendah diri, cepat atasi masalah faktor MB disenangi penduduk Gombak

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 2 NOV: Sikap merendah diri Dato’ Menteri Besar selain pantas menyelesaikan isu rakyat antara faktor yang mendorong penduduk Gombak mengundi beliau.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua A Rahim Kasdi berkata Dato' Seri Amirudin Shari juga kerap turun padang sejak berkhidmat sebagai wakil rakyat.

"Sebagai contoh isu banjir, beliau segera mengarahkan projek melebarkan sungai dan membesarkan longkang yang kini hampir 80 peratus siap bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Beliau juga mengarahkan pelaksanaan beberapa projek yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di sini semalam.

Rahim turut yakin sokongan pengundi di DUN Sungai Tua memihak kepada Amirudin dan tumpuan jentera berusaha meyakinkan pemilih di DUN Hulu Klang dan Gombak Setia.

"Saya yakin pengundi di sana tahu komitmen dan kesungguhan Dato’ Seri Amirudin untuk berkhidmat kepada rakyat, jadi mereka pasti bijak membuat pilihan,” jelasnya.

Amirudin akan bertembung dengan penyandang Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang dianggap antara watak utama mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya tumbang pada Februari 2020.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.